Sunday, December 2, 2012

Mau Kahwin

Kahwin. 

Siapa yang tak mau kahwin? 

Aku mau sangat kahwin. 

Aku mau sentuh perempuan ajnabi. 

Aku mau tengok rambut diorang. 

Aku mau... Emm, selebihnya baik takyah cerita. 

Tapi itulah, aku teringin sangat untuk mempunyai pasangan. 

Jealous aku dengan abah dan mak. 

Mana aci diorang saja dapat bermanja-manja, kan? 

Anak diorang pun mau berkasih-sayang juga!

Tapi, ada benda yang buat aku fikir.

Andai kata aku kahwin sekarang, apa aku mau bagi bini makan?

Dari celah mana duit aku mau cekup?

Pakai duit parents? 

Pakai duit biasiswa? 

Pakai duit isteri?

Nehi. 

No way!

Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan nafkah kepada isterinya.

Kalau prinsip asas macam tu tak boleh buat, don't call yourself a husband!

Gambar pinjam

But then, aku terfikir lagi.

Apa kata kalau aku bercouple...

Postpone dulu kahwin tu.

Macam tu tak payahlah nak fikir duit dulu.

Tengok kawan-kawan yang bercouple, suddenly I got jealous.

Aku mau berpacaran macam diorang.

Aku mau punya pasangan yang memahami macam diorang.

Tapi, tapi, tapi... 

Susah woo bercouple.

Mana boleh bersentuh.

Mana boleh berpegang.

Mana boleh buat macam-macam. 

Sebabnya? 

Belum halal.

Yang bakal jadi masalahnya, seks itu irresistible.

Tanyalah manusia kat dunia ni, mana ada lelaki perempuan tak teringin mau buat seks.

Dan aku takut, dalam keadaan tak halal, nanti aku terbuat seks.

Nauzubillah minzalik...

So, fikir punya fikir, tiba-tiba teringat semula kata seseorang.

"Setiap kali dalam kepala muncul perkara yang tidak sepatutnya difikirkan, itu sebenarnya adalah bisikan syaitan. Istighfar sekejap, dan usahalah sibukkan diri supaya fikiran tidak lagi fokus pada perkara tersebut."

Then baru aku sedar.

I have wasted my time.

Apa guna fikir banyak-banyak?

Diri sendiri masih terkontang-kanting, ada hati mau kahwin.

Iman masih lemah tapi sudah berangan jadi imam.

Huu, terasa bangat deh.

Apapun, alhamdulillah.

Terima kasih Allah, kerana ingatkan aku.

Ya, perkara yang patut aku fikirkan sekarang bukannya kahwin.

Tapi yang lebih utama adalah untuk menyempurnakan diri.

Usaha ke arah itu yang penting.

Baiklah, masa untuk menukar mind set.

Semoga aku berjaya!

10 comments:

  1. keinginan ko tu tulus

    tapi doa jela kau cepat2 mampu menjadi imam seseorang kelak

    ReplyDelete
  2. dah ready, dah jumpa yang sesuai, dah nak kawen nanti jangan lupa jemput.......

    ReplyDelete
  3. Jika dah niat, usahakanlah pernikahan. Insya-Allah. Rezeki itu akan datang, usah risau tentang kemampuan. Pernikahan itukan menyempurnakan sebahagian dari agama :) dan Allah dah menjanjikan rezeki bersama wanita yang dinikahi itu. semoga kamu ketemu Jodoh yang membahagiakan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. Innallaha Ma'ana... Biiznillah ya bOss. ^_^.

    ReplyDelete
  5. aku-juga-manusia-seperti-kamuMarch 10, 2016 at 9:17 PM

    jauhnya guwa menjelajah. gigih pula baca post lama-lama. ya. semoga berjaya. sebab post ni tahun 2012 lagi, guwa rasa burungman sudah berjaya la kan? *senyum*

    ReplyDelete

Silakan komen