Friday, November 28, 2014

Selfie Situ Sana Sini

"Mira, dah siap ke?" 

"Kejap, sikit lagi." 

"Awak buat apa lagi tu?" 

"Nak selfie sat." 

Maka bertubi-tubilah touchscreen ditekan sambil beraneka jenis pose ala-ala artis terkenal diperagakan di hadapan kamera smartphone jenama iFon. 


Ada orang cakap selfie ni berasal dari dua perkataan English iaitu 

SELF + CONFIDENCE = SELFIE

Self confidence atau yakin pada diri sendiri ni memang satu benda yang bagus. Bila kita yakin, kita akan menjadi semakin produktif dan kerja dapat dibuat dengan lebih bertenaga. 

Tapi... 

...kepala hotak kamera kau makin jadi produktif. 

Benda selfie ni la antara perkara yang banyak buang masa kat dunia ni. Masa yang sepatutnya boleh diguna untuk benda lain yang bermanfaat, habis untuk ambik gambar sendiri ja. 

Kalau sekali, dua kali, boleh terima lagi. Tapi kalau sudah sampai ke tahap berkali-kali, kalah artis yang selalu dicuri gambar oleh paparazi. Memory phone penuh dengan muka sendiri saja.

Paling kelakar, bila gambar selfie tu diedit dengan teknologi kamera yang terkini. Tidak perlu photoshop lagi. Lombong jerawat kat atas muka pun boleh hilang. Bahkan, kulit yang seakan negro pun boleh jadi putih berseri ibarat baru memakai shampoo fair and lovely. 

Dan yang paling menang, bila gambar selfie tu dimuat naik ke dalam laman sosial dengan penuh yakinnya. Pastu bahagian caption diletakkan kata-kata falsafah yang entah dicilok dari mana. Kononnya nampak wise gitu. 

Hei, kau tau tak, kalau kau kumpul jumlah masa yang kau guna untuk berselfie tu dalam sehari, berapa banyak masa kau boleh dapat?

Masa untuk tangkap gambar + masa untuk edit + masa untuk upload + masa untuk follow up (sesi membalas komen berbentuk pujian) + masa untuk bermenung perasan cantik/hensem = *kira sendiri jumlahnya*

Aku ni bukan la seorang yang benci dengan budaya selfie. Aku pun kadang ikut jugak selfie kalau kawan ajak. Tapi agak-agak la kalau nak berselfie pun. Sikit-sikit ok la. Bak kata pemimpin BN, berwasatiyah la dalam hidup. Hidup ni bukan berpaksikan pada beratus-ratus gambar selfie yang ditangkap dengan penuh passionate tu. 

Entah la, aku tak nampak pun manfaat yang besar dari budaya selfie ni. Paling-paling pun, orang akan puji dan keyakinan diri meningkat naik. Tu ja.

Sampai sekarang aku asyik tertanya-tanya. All your efforts, is it really worth it?

1 comment:

Silakan komen