Maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu entri baru. Untuk menghilangkan krik krik dalam blog ini, mari aku ceritakan kisah aku melawat Jepun beberapa bulan yang lalu.
As mentioned in the title, aku berada di negara matahari terbit selama 9 hari. Bukan lawatan rasmi mahu pun lawatan sambil belajar, tapi hanya sekadar melawat suka-suka. Melancong la katakan.
Perjalanan bermula pada 1 Jun. Terus terang aku tak pernah ke luar negara sebelum ini. So kira normal la nervous excited segala macam rasa mula keluar menyinggah di jiwa. Lebih-lebih lagi bila destinasi yang aku nak pergi ni merupakan salah satu negara yang rakyatnya ramai tak tahu berbahasa Inggeris. Aku dah la tahu sebut Honda Toyota Yamaha ja.
Aku pergi ke sana dengan dua lagi teman lain. So total member dalam trip adalah seramai 3 orang. No tour guide available. We went there on our own. Nasib baik sorang member ni dia kaki anime. Dia obses sikit dengan Jepun. Segala tugas translate, baca peta, cari nama tempat, cari tempat menginap, etc, dia yang uruskan.
Kami berlepas dari KLIA2 menuju ke Kansai International Airport. Perjalanan mengambil masa 7 jam. Lepas landing tu, benda paling first aku cari adalah tandas. Aku tak biasa masuk tandas kapal terbang, sebab asyik terfikir benda bukan-bukan. Tapi bila masuk tandas Jepun, aku menyesal tak buang hajat kat atas langit sebelum landing tu. Rupanya tandas diorang cuma sediakan tisu. Berlawanan dengan sifat aku sebagai orang Malaysia yang memerlukan air sebagai agen pembersih utama.
Macam mana aku beristinjak di sana, aku serahkan kepada kreativiti dan imaginasi korang masing-masing. Yang penting, aku memang berjaya guna air setelah menempuhi susah dan payah.
Gambar atas ni adalah gambar pertama yang aku tangkap masa kat Jepun. Sebab aku rasa singki ni canggih sangat. Kalau perhati betul-betul, ada tiga bahagian di singki tersebut. Bahagian atas belah kiri adalah untuk sabun, atas belah kanan untuk air, dan bahagian bawah adalah pengering. Semuanya automatik. Letak saja tangan korang dan ia akan terpasang dengan sendirinya.
It makes me wondering, kalau singki saja pun dah canggih begitu, entah apa lagi benda yang canggih-canggih akan dijumpa sepanjang kami berada di sini.
Helikopter doraemon? That'd be cool.
-To be continue
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMana cerita pasal terjumpa budak comel di KLIA? :P
ReplyDeleteItu cerita bab lain. Spesel sikit. Haha
Delete